Ayam Penyet MK BP Mall
Sunday, 22 March 2015
PENGENALAN
Assalamualaikum w.r.b dan salam sejahtera. Kedai ini telah beroperasi selama beberapa tahun di BPmall, Batu Pahat, Johor. Didalamnya dihiasi dengan hiasan yang indah dan tenang yang akan membuatkan anda tenang. Terdapat banyak menu yang terdapat di dalam kedai makan ini. Hal ini bertujuan untuk memberi kepelbagaian kepada pelanggan dalam memilih makanan. Makanan disini dimasak oleh pekerja Indonesia tulen. Namun begitu, makanan di sini tidak persis sama seperti makanan di Indonesia kerana di Indonesia terdapat beberapa herba yang sukar untuk ditemui di Malaysia.Kedai ini mementingkan kebersihan semasa memasak, menghidang dan memberi pencahayaan yang indah pada waktu malam kepada pelanggan.Walaupun kedai makan ini bertemakan Indonesia, namun terdapat juga menu-menu western seperti wedges, kentang dan lain-lain. Insyaallah foto-foto gambar akan ku ambil sebagai bukti apa yang telah ku tulis.
Subscribe to:
Comments (Atom)